Saturday, 22 December 2012

Habbatus Sauda



Habbatus Sauda atau Jintan Hitam Arab adalah biji sejenis tumbuhan yang tumbuh di Asia Tengah. Nama saintifiknya ialah Nigella Sativa.

Ia adalah sejenis bijian yang amat penting di dalam bidang perubatan sehinggakan ianya disebut dalam sebuah hadith nabi yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari yang bermaksud:
"Tetaplah kamu dengan habbatus Sauda ini kerana di dalamnya terdapat ubat bagi segala penyakit kecuali mati".

Nabi kita telah mendedahkan kehebatan Habbatus Sauda lebih dari 1400 tahun yang lalu dan kini kajian-kajian saintifik membenarkan kata-kata nabi.

Di dalam habbatus Sauda terdapat lebih dari 100 jenis bahan-bahan aktif yang sangat berguna untuk kesihatan tubuh badan manusia terutama bahan-bahan yang boleh membuang penyakit.
Fungsi-fungsi Habbatus Sauda

1. Melegakan dan mengurangkan pembengkakkan di tubuh
2. Mencegah sel darah dari membeku (anti thrombosis)
3. Menguatkan sistem immune tubuh
4. Mencegah kanser
5. Membunuh kuman
6. Menambah kandungan susu ibu
7. Mengurangkan alahan
8. Mengurangkan kadar gula dalam darah. Bagus untuk pesakit kencing manis.

Sebenarnya dari hadith nabi di atas, kita difahamkan bahawa Habbatus Sauda adalah ubat bagi segala penyakit kecuali mati. Kesimpulannya sekiranya kita mengalami apa-apa penyakit pun, ambillah Habbatus Sauda sebagai ubat dan penawarnya. Insya Allah penyakit akan sembuh.Terima Kasih Sumber
Laman Rawatan Penyakit Cara Islam

LAGI KHASIAT HABBATUS SAUDA


Kajian yang telah di lakukan di Arab Saudi mendapati HABBATUS SAUDA berupaya meningkatkan system imunisasi tubuh, ia sangat penting dalam mencegah pelbagai jenis penyakit. Habbatus sawda mengandungi 67 kandungan bahan aktif yang dapat membantu menyembuhkan penyakit yang sering di hadapi seperti berikut:

• Menghancurkan batu karang
• Lenguh-lenguh dan lumpuh
• Gastric/ulser
• Lelah
• Radang buah pinggang
• Kencing manis
• Darah tinggi/ jantung
• Batuk. Selesema
• Kemandulan
• Sakit otot dan sendi
• Keguguran rambut
• Sukar tidur
• Kadar kolesterol
• Sembelit
• Gout
• Resdung
• Membuang angin
• Pening kepala/migrane
• Bisol dan ketumbuhan
• Batu hempedu
• Luka-luka di hati
• Paru-paru berair
• Gusi berdarah
• Senggugut
• Obesiti/kegemukan

Semuanya atas izin ALLAh jua.....









No comments:

Post a Comment