Saturday, 12 January 2013

Supplement Sunnah Nabi.


Supplement Tambahan Sunnah Nabi yang sangat bagus khasiatnya. Produk Supplement yang di maksudkan adalah  HABBATUS SAUDA SHIFFA HOME AL BARAKAH, PATI DELIMA GULSAN DAN CUKA EPAL. Kenapa saya yakin mengatakan demikian ? Sebabnya saya dan keluarga telah menggunakan dan terbukti khasiatnya. Walaupun harganya murah tetapi sangat berbaloi dan terbukti khasiatnya yang dapat menyembuhkan banyak penyakit.

Di sini saya ingin berkongsi pengalaman menggunakan supplement diatas. Saya sendiri pernah mengalami sakit gastrik, sakit tulang belakang , mudah penat terutamanya kalau naik tangga atau berjalan jauh sedikit dah mengah atau penat dan sakit sendi. Sejak menggunakan Pati Delima dan Cuka Epal serta Habbatus Sauda masalah yang saya hadapi alhamdullillah dapat di atasi. Saya tidak lagi rasa penat kalau berjalan jauh sedikit atau naik tangga. Sebaliknya saya rasa lapang dada.Sakit gastrik dan masaalah sakit tulang belakang tidak lagi saya hidapi semenjak menggunakan ke tiga-tiga produk tersebut. Dan masaalah dalaman wanita yang lewat empat puluhan telah dapat di atasi. Alhamdulillah...

Anak gadis saya yang berusia 15tahun mengidap diabetis tahap 1. Terpaksa menyuntik insulin dua kali sehari. Walaupun suntik insulin dua kali sehari dan tidak mengambil sebarang makan yang bergula tapi bacaan gula dalam darahnya susah untuk dapat bawah 10. Tapi semenjak mengamalkan HB dan pati delima sejak 3 bulan yang lepas, alhamdulillah bacaan gula dalam darah setiap minggu di paras normal. Dan kini saya hanya suntik insulin padanya sekali sehari. Mudah-mudahan dengan berkat supplement sunnah Nabi ini beliau(anak saya ini) akan pulih dari penyakitnya. Insyaallah...

Suami saya mempunyai sakit gout dan kolestrol tinggi. Semenjak dia mengamalkan meminum cuka epal dan habatus sauda sakit goutnya tidak lagi menyerang dan kolestrol tinggi telah di atasi. Alhamdulillah..

Anak lelaki saya yang berusia 8tahun lebih sering bersin berkali -kali  awal pagi apabila bangun dari tidur .Semenjak saya beri dia HB ,tidak lagi saya dengar dia bersin setiap kali bangun dari tidur awal pagi. Alhamdulillah...

Kerana khasiat dan kesan positif yang telah terbukti pada saya dan keluarga , sebab itulah saya yakin menggunakan Habatus Sauda, Pati Delima dan Cuka Epal. Keyakinan yang tinggi ini menjadikan saya ingin berkongsi pengalaman dan mengajak rakan-rakan mengambil HB, PD dan CE untuk mengurangkan ,menyembuh dan seterusnya menyihatkan tubuh badan fizikal dan rohani.Insyaallah....
Kita hanya berusaha tetapi ALLAH yang menentukan kesembuhannya.

No comments:

Post a Comment