Monday, 10 December 2012

Delima Awet Muda



ASSALAMUALAIKUM....
Hari ini saya ingin berkongsi tentang kebaikan buah Delima.


 Penyelidik bidang farmasi Universiti Madrid, Dr Ana Castellano merungkai kekayaan vitamin yang terkandung  dalam buah delima untuk memberikan kesempurnaan bahkan kesan antipenuaan buat wanita yang sememangnya mengimpikan kulit yang jauh lebih baik dan muda.

Menurut kajian nutrisi klinikal Amerika, buah delima jelas terbukti sebagai bahan antioksidan terbaik untuk menjaga keseluruhan keperluan wanita untuk kekal anggun walaupun di usia lewat selain buah tomato, Vitamin E dan nutrisi lain-lain.

Katanya, delima yang kaya dengan antioksidan bukan saja selamat digunakan tetapi ia juga mampu membantu mencerahkan kulit di samping mencegah kerosakan radikal bebas dan tekanan oksidatif yang dipercayai penyumbang kepada penuaan awal atau pramatang.

“Sumber pencerah yang ada dalam buah delima berupaya melambatkan pengeluaran melanin, sekali gus menghalang berlakunya pigmentasi pada kulit wajah yang boleh menjadikan kita kelihatan lebih tua. Pengambilan buah delima juga mampu mempertingkatkan kelembapan dan mengembalikan keanjalan kulit anda.

"Kandungan buah delima yang kaya dengan antioksidan, vitamin A, B, C dan E, asid amino, potasium serta zat serta mineral lain, dapat melindungi kulit daripada rosak akibat radikal bebas dan ini bermakna, penggunaannya mampu melawan penuaan, kedutan, kulit kusam dan pigmentasi".

“Ini kerana khasiat buat delima dapat merangsang pengeluaran kolagen dan elastin, memperbaiki sel kulit dan menghapuskan kedut serta garis halus pada wajah untuk menjadikannya kekal muda," jelasnya

Buah delima turut dikenali dengan kebolehannya untuk meresap jauh ke dalam kulit bagi mengurangkan kerosakan kolagen dan elastin berbanding kandungan tropika biasa.

Sumber dari Berita Harian/Delima awet muda

 

Bagi saya untuk memakan sebiji buah delima dari isi hingga ke biji adalah sesuatu yang merumitkan . Jadi saya lebih suka mengambil jalan yang mudah dan senang dengan cara meminum sahaja Pati Delima yang telah siap. Tinggal minum sahaja....Kan mudah. Jangan berlengah lagi .....bagi pengunjung laman ini yang masih belum mencuba atau menggunakan Pati Delima,  saya nasihatkan apa kata mulai dari hari ini megambil Pati Delima untuk Awet Muda seterusnya untuk memperolehi tubuh badan yang cantik dan sihat luar dan dalam. Berminat boleh hubungi saya dengan SMS bagi maklumat lanjut tentang pembelian.
 

 

No comments:

Post a Comment