Thursday 7 March 2013

BUAH EPAL MENGELAKAN KITA DARI KERAP BERJUMPA DOKTOR


Kepada sesiapa yang takut berjumpa doktor,boleh mulakan  memakan epal setiap hari. Pepatah Inggeris mengatakan "an apple a day will keep you away from doctor". Apa signifikannya epal pada tubuh badan kita? Jom kita baca petikannya.

1. Epal mengandungi Vitamin C yang membantu meningkatkan sistem imun. Kekurangan Vitamin C dalam diet akan menyebabkan sistem ketahanan badan menjadi lemah dan melambatkan proses penyembuhan, mudah lebam dan mengalami gusi berdarah.

2. Mencegah Penyakit Jantung. Kandungan epal yang kaya dengan flavonoid dapat membantu mencegah penyakit koronari jantung dan kardiovaskular. Flavonoids juga sangat terkenal dengan kesan antioksidan.

3. Kurang kalori. Saiz epal yang biasa mempunyai 70 hingga 100 kalori. Makan epal untuk menggantikan jajan atau chocolate akan menyebabkan keinginan terhadap makanan tersebut hilang kerana epal mengandungi gula tetapi kalorinya lebih kecil.

4. Mencegah Kanser.  Kandungan dalam epal dapat mencegah pelbagai penyakit kanser seperti kanser kolon, kanser prostat dan kanser payudara di kalangan wanita.
  
5. Epal mengandungi fenol, yang mempunyai efek berganda ke atas kolesterol. Ia mengurangkan kolesterol jahat dan meningkatkan kolesterol baik. Epal menghalang kolesterol LDL daripada bertukar menjadi LDL teroksida, satu bentuk kolesterol jahat yang sangat berbahaya yang boleh membawa maut.

6. Mencegah kerosakan gigi. Kerosakan gigi adalah jangkitan yang serius yang merosakkan struktur gigi, yang mana penyebab utamanya adalah bakteria. Jus epal mempunyai ciri-ciri yang boleh membunuh sehingga 80% bakteria. Jadi, jika kita memakan sebiji epal sehari juga akan menjauhkan kita dari doctor gigi.

7. Melindungi otak. Apple mempunyai bahan yang dipanggil fitonutrien. Fitonutrien  menghalang penyakit neurodegenerative seperti Alzheimer dan Parkinson.

8. Epal menyebabkan paru-paru lebih sihat. Satu penyelidikan di Universiti Nottingham menunjukkan bahawa orang yang makan 5 biji epal atau lebih seminggu mempunyai masalah pernafasan yang lebih rendah, termasuk asma.

Khasiat/Kelebihan Cuka Epal
1. Memulihkan keletihan akibat bersukan
Sukan dan latih-tubi yang berlebihan dan tekanan melampau keatasnya boleh menyebabkan asid laktik terbina di dalam badan, yang seterusnya menyebabkan keletihan. Menariknya, asid amino yang terkandung dalam cuka epal boleh bertindak sebagai penawar. Lebih dari itu, cuka epal mengandungi kalium dan enzim yang boleh melegakan perasaan letih. Tambah satu atau dua sudu cuka epal ke dalam segelas air dan rasakan kesegarannya.

2. Memutihkan gigi
Cubalah berkumur dengan cuka epal di pagi hari. Cuka membantu membuang kotoran, memutihkan gigi, dan membunuh bakteria di dalam mulut dan gusi anda. Berus seperti biasa selepas anda berkumur. Berus gigi anda dengan baking soda seminggu sekali. Ini akan membantu membuang kotoran dan memutihkan gigi anda.


3. Perut bermasalah
Hirup sedikit air yang dicampur cuka epal. Jika jangkitan bakteria adalah punca kepada berlakunya cirit-birit, cuka epal boleh membantu mengurangkan masalah kerana ia mempunyai sifat antibiotik. Apatah lagi, beberapa pakar perubatan tradisional mengatakan bahawa cuka epal mengandungi pektin, yang boleh membantu melegakan kekejangan usus.

4. Tersedu
Ambil satu sudu teh cuka epal. Rasanya yang masam boleh menghentikan sedu.

5. Mencegah Ketidakhadaman
Jika anda tahu anda akan menikmati makanan yang boleh membuatkan anda mengalami masalah ketidakhadaman, anda boleh cuba remedi ini. Tambah 1 sudu teh madu dan 1 sudu teh cuka epal ke dalam segelas air suam dan minum 30 minit sebelum anda makan.

6. Kekejangan kaki di waktu malam
Tambah 2 sudu cuka epal dan sedikit madu ke dalam segelas air dan minum untuk mengurangkan kejang kaki waktu malam.

7. Hidung tersumbat
Campurkan satu sudu teh cuka epal ke dalam segelas air dan minum. Ini membantu mengurangkan hidup tersumbat dan masalah resdung.

8. Sakit tekak
Sebaik sahaja anda rasa kegatalan di tekak, campurkan ¼ cawan cuka epal dengan ¼ cawan air panas dan berkumur setiap jam. Kebanyakan kuman tidak boleh hidup dalam persekitaran berasid.

Sumber:di sini