Saturday 22 December 2012

Habbatus Sauda



Habbatus Sauda atau Jintan Hitam Arab adalah biji sejenis tumbuhan yang tumbuh di Asia Tengah. Nama saintifiknya ialah Nigella Sativa.

Ia adalah sejenis bijian yang amat penting di dalam bidang perubatan sehinggakan ianya disebut dalam sebuah hadith nabi yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari yang bermaksud:
"Tetaplah kamu dengan habbatus Sauda ini kerana di dalamnya terdapat ubat bagi segala penyakit kecuali mati".

Nabi kita telah mendedahkan kehebatan Habbatus Sauda lebih dari 1400 tahun yang lalu dan kini kajian-kajian saintifik membenarkan kata-kata nabi.

Di dalam habbatus Sauda terdapat lebih dari 100 jenis bahan-bahan aktif yang sangat berguna untuk kesihatan tubuh badan manusia terutama bahan-bahan yang boleh membuang penyakit.
Fungsi-fungsi Habbatus Sauda

1. Melegakan dan mengurangkan pembengkakkan di tubuh
2. Mencegah sel darah dari membeku (anti thrombosis)
3. Menguatkan sistem immune tubuh
4. Mencegah kanser
5. Membunuh kuman
6. Menambah kandungan susu ibu
7. Mengurangkan alahan
8. Mengurangkan kadar gula dalam darah. Bagus untuk pesakit kencing manis.

Sebenarnya dari hadith nabi di atas, kita difahamkan bahawa Habbatus Sauda adalah ubat bagi segala penyakit kecuali mati. Kesimpulannya sekiranya kita mengalami apa-apa penyakit pun, ambillah Habbatus Sauda sebagai ubat dan penawarnya. Insya Allah penyakit akan sembuh.Terima Kasih Sumber
Laman Rawatan Penyakit Cara Islam

LAGI KHASIAT HABBATUS SAUDA


Kajian yang telah di lakukan di Arab Saudi mendapati HABBATUS SAUDA berupaya meningkatkan system imunisasi tubuh, ia sangat penting dalam mencegah pelbagai jenis penyakit. Habbatus sawda mengandungi 67 kandungan bahan aktif yang dapat membantu menyembuhkan penyakit yang sering di hadapi seperti berikut:

• Menghancurkan batu karang
• Lenguh-lenguh dan lumpuh
• Gastric/ulser
• Lelah
• Radang buah pinggang
• Kencing manis
• Darah tinggi/ jantung
• Batuk. Selesema
• Kemandulan
• Sakit otot dan sendi
• Keguguran rambut
• Sukar tidur
• Kadar kolesterol
• Sembelit
• Gout
• Resdung
• Membuang angin
• Pening kepala/migrane
• Bisol dan ketumbuhan
• Batu hempedu
• Luka-luka di hati
• Paru-paru berair
• Gusi berdarah
• Senggugut
• Obesiti/kegemukan

Semuanya atas izin ALLAh jua.....









Tuesday 18 December 2012

KHASIAT PATI DELIMA UNTUK JANTUNG .


Buah Delima mengandungi ‘flavonoids’ dan ‘polyphenols’ yang tinggi, iaitu antioksidan yang mampu melawan penyakit jantung.
Pengambilan Pati delima boleh menghalang pembentukan plaque daripada melonggok dalam salurdarah arteri, mengurangkan aras LDL atau kolesterol jahat dan meningkatkan aras HDL atau kolesterol baik. Delima boleh menurunkan tekanan sistolik sehingga 5 peratus. Fakta ini amat membantu dalam pengawalan penyakit jantung atau sistem kardiovaskular . Antioksidan  juga dapat membantu memperbaiki kawasan  sel yang rosak.Delima membantu melancarkan peredaran darah dalam badan. Ini adalah kaedah terbaik melindungi diri daripada penyakit jantung atau serangan jantung.Pengambilan Pati Delima yang berterusan Insyaallah dapat menghindarkan kita daripada penyakit jantung . Setiap penyakit ada ubatnya. Kita hanya mampu berikhtiar , hanya ALLAH yang menentukan kesembuhannya.